|
|
 |
 |
Aug 24, 2010
Hari ini 24 Ogos 2010 bersamaan 14 Ramadhan. Tidak terasa Ramadhan sudah menjengah ke pertengahan. Sudah pasti suasana raya sudah semakin dekat lebih-lebih lagi dengan kedengaran lagu-lagu hari raya yang berkumandang di pusat-pusat beli belah. Pasti syawal yang bakal menjelang pasti sangat-sangat mencabart bagi kita yang makan gaji ini. Pengurusan kewangan yang terbaik pasti menyempurnakan ibadah kita kerana untuk raya kali ini, hanya gaji Ogos yang dapat kita gunakan untuk hari raya. Jadi kita kena berhemah.
Posted at 10:33 am by milankolia2
Permalink
May 9, 2010
Agak sibuk hari Ahad ini. Tapi niat cuma satu iaitu menderma darah. Dah terlajak hampir sebulan selepas derma terakhir. Moga kesihatan terus sukses untuk menderma lagi. InsyaAllah. Niat lain tadi ingat nak buat ikrar menderma organ. Belum sampai seru untuk menderma kot.
Posted at 10:34 pm by milankolia2
Permalink
May 1, 2010
Dah agak lama aku menyepi kat blog ni. Kalau bukan kerana Nurul Fitri yang link blognya kat ex-kbtc, pasti akan terus berlumut blog aku. Kekadang bila mengadap laptop ni pasti ada2 saje tempat yang hendak dituju. Nak kemaskini satu lagi hal. Rakan-rakan lain yang masih mengenali saya, terima kasih sekali lagi kerana menyapa di alam maya ini. Moga terus sukses dan mesra sokmo. Kepada rakan-rakan juga, saya ucapkan selamat menyambut Hari Pekerja. Jadilah pekerja yang kreatif yang boleh menyumbangkan sesuatu yang sangat bermakna kepada anak bangsa kita. 
Posted at 11:14 pm by milankolia2
Permalink
Sep 23, 2008
Hari ini 23 September 2008, bersamaan dengan 23 Ramadan. Alhamdulillah....dah hari ke-23 puasa....tak terasa tinggal lagi seminggu untuk aidilfitri menjengah tiba. Kalau diingatkan kembali zaman bertugas di pedalaman dan semasa di maktab saat-saat begini sangat-sangat mengembalikan nostalgia. Semangat balik kampung jangan dikata lagi. Dua minggu sebelum raya dah siap packing...Ingat di maktab Kota Bharu dahulu perasaan hendak balik beraya mengalahkan yang lain. Maklumlah maktab bersebelahan dengan airport hari-hari mendengar enjin pesawat turun naik....
Di hulu Belaga lain pulak ceritanya. Yang sangat dirisaukan ketika itu hanyalah berkenaan pengangkutan. Tiada bunyi enjin pesawat lagi cuma yang didengari hanyalah bunyi enjin sangkut perahu penduduk rumah panjang. Lebih merisaukan sekiranya cuaca kering melebihi 2 minggu. Dikhuatirkan bot ekspres tidak beroperasi di Batang Rajang. Kalau bot ekspres tidak beroperasi, pilihan yang ada ketika itu hanyal bot laju yang mana tambangnya berlipat kali ganda.
Banyak cerita raya ni yang akan dikongsikan bersama. Buat rakan2 di sana...selamat balik kampung. Berhati-hati di jalan raya dan semasa bercuti. Tahun ni saya beraya di Miri.
Posted at 09:21 am by milankolia2
Permalink
Dec 24, 2006
Selamat Menyambut Hari Natal
Malam ni adalah malam hari Krismas. Kalau diimbas kembali malam-malam begini sewaktu bertugas di hulu Belaga sedekad lampau masih boleh jugak kuiingati. Mula-mula posting dahulu, sekolah bermula pada 1 Disember. Jadi pengalaman Krismas pertama di hulu Belaga ialah pada akhir tahun 1992. Agak seronok juga dapat meraikan Krismas bersama-sama rakan2 yang berlainan agama dan juga kaum. Dalam keluarga staf kami terdiri daripada suku kaum Kenyah, Melayu, Bidayuh dan juga Iban. Berlainan suasana di bandar, Krismas sudah terasa seminggu sebelum tarikh 25 Disember. Seminggu sebelum Krismas, sudah ada pertandingan bolasepak Piala Krismas. Pasukan-pasukan dari rumah panjang berdekatan akan bertanding sesama sendiri. Di samping itu pasukan guru akan menghantar pasukan. Glamour jugak team guru ni.....tapi selalu kena belasah.
Di pagi Krismas sehingga ke petang akan berlangsung acara sukaneka. Paling seronok disertai ialah acara 'pasa alut'. Dalam bahasa Melayu lumba perahu. Sangat mengujakan bila dapat berlumba dengan orang kampung. Malamnya pulak dengan pertandingan karaokenya sampai ke pagi. Biasanya kami gurulah yang menjadi hakimnya. Kenangan ini takkan berulang lagi.
InsyaAllah lain kali pulak, saya nak cerita pasal menangkap ikan kat hulu sungai ni....banyak juga kenangan indah dan juga pasti ada yang tak indahnya. Untuk kali ni....selamat malam......cikgu.
Posted at 10:59 pm by milankolia2
Permalink
Dec 19, 2006
Hari ini aku tolong jemput anak buah balik bercuti kat Politeknik Kuching. Biasalah kalau time cuti ni bersemangat nak balik ke rumah. Macam biasa member2 anak buah aku tu pun nak balik jugak ke kampung masing-masing. Siti Nak balik ke Alor Star manakala si Diana nak balik ke Limbang dan Ina nak balik ke Terengganu. Kukenal mereka ini kerana anak buah ku ini selalu mengajak kawan-kawannya pulang bercuti ke rumah mak aku. Jadi akupun anggap mereka sebagai anak buah aku jugak. Merekapun anggap aku ni sebagai pak saudara mereka.
Petang pulak aku bawa keluargaku pergi sambung shopping. Semalam tak habis lagi beli barangan dapur dan alat-alat tulis sekolah anak-anak. Maklum le nak bersekolah. Semangat je lebih...harap sampai ke hujung semangat mereka itu. Untuk esok, program hendak menonton Cicak Man bersama anak-anak. Dah berjanji dari pagia tadi. Pasti kena tuntut pagi-pagi besok.
Malam ni aku sempat buka email. Dapat email daripada kawan lama. Seronok dapat menghantar email dengannya kerana dapat balasan slalu. Tak macam zaman dahulu.....telegram pun kena sampai 1-2 hari. Seronok lagi kalau dapat chatting. Habisku baca emailnya terus kubalas. Terima kasih buatnya kerana selalu menghantar email buatku. Hehehehe....
Posted at 11:27 pm by milankolia2
Permalink
Dec 17, 2006
Kenangan dari 8 Disember hingga 12 Disember lalu amat mengembalikan nostalgia bagiku. Tarikh berkenaan semangnya tarikh yang boleh ku anggap keramat setelah hampir 14 tahun aku menunggunya. Aku tidak menyangka pada pagi Jumaat, 8 Disember berkenaan aku menerima panggilan daripada seseorang yang aku pernah kenali dan kucam suaranya. Suara kukenali sejak 14 tahun lampau. Sekali ku mendengar suaranya aku dapat mengagak siapakah gerangan empunya suara itu. Tapi aku harus sedar bahawa pertemuan kali ini sudah lain daripada pertemuan-pertemuan yang pernah kami lalui sebelum ini. Malah pertemuan kali amat singkat sekali walaupun kupasti nostalgianya akan terus kekal abadi. Aku sangat bersyukur kerana masih ada insan yang ingin kembali menghubungiku walaupun pada pertemuan terakhir kami, aku tidak sempat meengucapkan selamat tinggal kepadanya. Semasa dia di Bumi Kenyalang ini, aku sedaya upaya untuk bersamanya walaupun aku sedar hakikat sebenar. Namun, aku berasa puas dapat menemaninya sepanjang dia berada di Bumi Kenyalang ini. Moga kenangan itu terus terpatri hingga ke mati. Saat perpisahan pada 12 Disember paling aku tidak lupa. Begitu singkat terasa masanya. Aku tidak mampu melihat wajahnya ketika masuk ke pintu balai berlepas. Kukuatkan hati dengan yakin berkata bahawa suatu hari nanti kita pasti bertemu kembali.
Posted at 11:18 pm by milankolia2
Permalink
Nov 23, 2006
Hari ini akupun tak sangka dapat mengemaskini blogdrive yang agak lama aku tinggalkan. Tinggalkan bukan bermaksud hilang minat dengan kerja-kerja begini. Ini merupakan minat nombor satu. Seperti biasa kekangan masa dan ketatnya aktiviti seharian yang mungkin membantutkan blogdrive ini. Tak terasa masuk hari ketujuh cuti persekolahan akhir tahun ini. Entahlah! Aktiviti masa cuti kali ini aku malas nak rancangan sesuatu. Semuanya dibuat secara tiba-tiba. Program hendak ke Mukah hujung minggu ini (kenduri kahwin) pun belum kuputuskan. Nak memandu sendiri agaknya mungkin tak jadi. Tak tahulah. Esok?? Kalau jadi ke Mukah pun mungkin menaiki bas komersial sahaja, malas nak memandu jauh. Tengoklah.
Posted at 09:26 pm by milankolia2
Permalink
Feb 28, 2006
Assalammualaikum rakan-rakan,
Maaf kerana dah agak lame tak mengemaskini blog ini. Biasa le sibuk memanjang. Orang lain pun sibuk jugak tapi sempat pun. La....pejam celik, pejam celik dah nak masuk Mac. Tinggal beberapa minit lagi...So...keje kena bereskan. Hidup kena teruskan. Yang ada kelapangan tu, sudi2 le hubungi saya.
Posted at 10:42 pm by milankolia2
Permalink
Oct 5, 2005
Kepalsuan hadis kelebihan tarawih
Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
- Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
- Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
- Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
- Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
- Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
- Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
- Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
- Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
- Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
- Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
- Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W
Posted at 11:09 pm by milankolia2
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|